Jangan Lepaskan Peluang bagi Mendapatkan Diskaun Hebat untuk Anda “Pusing Selangor Dulu”
Poster Rasmi penyertaan Tourism Selangor ke MATTA Fair 2022
Berita baik untuk semua; pihak Tourism
Selangor akan menyertai
pameran pelancongan, MATTA FAIR 2022 yang
akan berlangsung pada 9 dan 10 April ini
di Pusat Dagangan Dunia,
Kuala Lumpur (WTC). Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan
pelbagai diskaun dan tawaran hebat
pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor dengan mengunjungi Pavilion Negeri Selangor di Hall 3, 3237 – 3248
dari 9 pagi sehingga 7 malam pada Sabtu dan Ahad ini.
Seperti
tahun-tahun sebelumnya, pihak Tourism Selangor tidak melepaskan peluang
menyertai MATTA Fair edisi kali ini
dengan disertai barisan operator produk pelancongan Negeri seperti Farm in the City, Jumpstreet (M) Sdn Bhd, Wetworld Waterpark, Majlis Perbandaran Kuala
Selangor, Mitsui Outlet Park, Selangor Fruit Valley, Windlab Indoor
Skydiving, MAEPS Serdang, Discovery
Park @ Gamuda Cove, Hos Komuniti
Selangor dan Sky Mirror.
Pihak
penganjur, Malaysia Association of Tour
and Travel Agents (MATTA) menjangkakan edisi
MATTA Fair kali ini akan menarik seramai 50,000
orang pengunjung dalam tempoh dua hari.
MATTA Fair yang berkonsepkan “Consumer
Fair” ini turut menyaksikan inisiatif promosi pihak Tourism Selangor
dalam mempergiat Kempen Pelancongan Domestik; “Pusing Selangor Dulu!”.
MATTA
FAIR 2022 juga membuka ruang kepada para penggiat industri pelancongan Negeri Selangor untuk merancakkan kembali
industri pelancongan serta meningkatkan jualan pakej- pakej pelancongan Negeri ini. Tambahan pula, dengan sempadan
Negara yang telah dibuka sepenuhnya kepada pelancong antarabangsa, MATTA Fair dilihat
sebagai landasan terbaik
bagi menembusi pasaran
pelancongan domestik dan antarabangsa.
Dengan fokus
kepada segmentasi pelancongan eko, penyertaan ini juga dapat memberi peluang
kepada produk–produk pelancongan Negeri Selangor untuk memperkenalkan produk pelancongan
sedia ada dan terbaharu melalui pameran dan jualan secara terus kepada orang ramai.
Segmentasi pelancongan lain seperti pelancongan warisan, taman tema dan pengalaman beli-belah turut diketengahkan di MATTA Fair 2022 bagi
menonjolkan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan menyeluruh dan premier di Malaysia.
Merujuk kepada data statistik yang diperolehi oleh pihak Tourism Selangor, Negeri Selangor menerima peningkatan jumlah kedatangan pelancong domestik sebanyak 4.7% pada tahun 2021 berbanding tahun 2020.
Pelancong dari Negeri Selangor
sendiri menduduki tangga pertama jumlah kedatangan pelancong domestik dengan 32.1%, diikuti
oleh Kuala Lumpur dengan 12.3%, Johor dengan
8.8%, Perak dengan 7.5%, dan Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan dengan
masing-masing menyumbang sebanyak
9%.
Hal ini menunjukkan prestasi
memberangsangkan industri pelancongan Negeri ini dalam menangani
impak pandemik Covid-19 dan perkembangan positif Kempen “Pusing Selangor Dulu!” yang memfokuskan kepada sektor pelancongan domestik Negara. Kempen yang digerakkan di landasan digital -- laman
sesawang rasmi dan laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran
YouTube semakin mendapat
perhatian ramai dengan
penggunaan tandapagar #PusingSelangorDulu.
Adalah dijangkakan sebilangan besar pengunjung akan hadir ke tapak pameran
Tourism Selangor di MATTA Fair 2022, namun
masih menitik-beratkan terhadap
pematuhan SOP seperti
yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pihak
Tourism Selangor juga menyasarkan
Negeri Selangor akan diangkat sebagai “Favourite Destination” di program MATTA
Fair edisi seterusnya yang akan berlangsung pada bulan September 2022.
Jadi, apa tunggu lagi; isi masa terluang anda hujung minggu ini, dan jangan lepaskan peluang untuk #PusingSelangorDulu dengan mendapatkan pelbagai tawaran diskaun dan potongan harga menarik hanya di Pavilion Negeri Selangor di MATTA Fair pada 9 dan 10 April ini! Jumpa di sana!
Untuk informasi lanjut tentang produk dan tarikan pelancongan Negeri Selangor serta Kempen Pusing Selangor Dulu; layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel.
Tentang Tourism Selangor
Tourism Selangor adalah Agensi Promosi Pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak lagi.
0 Comments