Sukacita dimaklumkan, Taman Eko Rimba Kanching (TERK)
seliaan pihak Tourism Selangor akan kembali beroperasi pada 26 Mac 2022 dengan
butiran seperti berikut:
Waktu operasi: 8.00 pagi sehingga 5 petang setiap hari*
*Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas
waktu operasi.
Penyambungan operasi ini adalah tertakhluk kepada garis
panduan atau SOP terkini yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan
Negara (MKN) seperti berikut:
• Hanya individu yang berstatus “Low Risk” dan “Casual
Contact Low Risk” yang dibenarkan masuk, serta wajib menunjukkan kad / sijil
digital vaksinasi yang memapaparkan status vaksinasi lengkap
• Pengunjung yang bergelaja seperti selsema, sakit tekak,
batuk dan sukar bernafas adalah tidak dibenarkan masuk
• Memastikan jarak sosial 1 meter pada setiap masa
• Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa
• Memastikan jarak antara kumpulan pengunjung dalam 1-3
meter
• Memastikan jarak lokasi aktiviti dengan aktiviti yang lain
dalam 3-5 meter
• Tapak perkhemahan perlu memastikan jarak minima 2 meter
dengan khemah yang lain, dan aktiviti bermalam adalah tidak dibenarkan
Kadar bayaran terbaharu bagi kemasukan ke TERK adalah
seperti berikut:
Isnin – Jumaat: RM 2 seorang (Warganegara), RM 8
seorang (Bukan Warganegara)
Sabtu, Ahad Cuti Umum: RM 3 seorang (Warganegara), RM
8 seorang (Bukan Warganegara)
Untuk informasi lanjut, sila layari www.selangor.travel, atau ikuti kemas-kini di laman Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor
0 Comments