Susulan kemasukan
Negeri Selangor dalam Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang membenarkan
sektor pelancongan domestik beroperasi semula terhad dalam Negeri yang sama, sukacita
dimaklumkan, kawasan pelancongan seliaan Tourism Selangor, Taman Eko Rimba
Kanching telah kembali beroperasi bermula 4 Oktober lalu, manakala Chongkak
Park & Resort akan dibuka semula kepada umum bermula 9 Oktober 2021 ini.
Waktu operasi: 8.00 pagi
sehingga 6 petang*
Had bilangan pengunjung: 500
orang pada satu-satu masa
*Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam
kawasan selepas waktu operasi.
Penyambungan
operasi ini adalah tertakhluk kepada garis panduan atau SOP
terkini yang ditetapkan oleh pihak
Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti berikut:
o Pengunjung wajib mendaftar masuk dan melalui proses imbasan suhu (harus kurang daripada 37.5 darjah Celsius),
serta tidak bergejala
o Hanya individu yang berstatus “Low
Risk” dan “Casual Contact Low Risk” yang
dibenarkan masuk, dan pengujung wajib menunjukkan Sijil Vaksinasi Covid-19 yang
lengkap
o
Memastikan jarak sosial 1 meter pada setiap masa
o
Wajib memakai pelitup muka sepanjang masa
o
Memastikan jarak antara kumpulan pengunjung dalam 1-3 meter
o
Memastikan jarak lokasi aktiviti dengan aktiviti yang lain dalam
3-5 meter
o Tapak perkhemahan perlu memastikan jarak minima 2 meter dengan
khemah yang lain, dan aktiviti bermalam adalah tidak dibenarkan
Diharap orang
awam dapat kembali menikmati aktiviti riadah alam semulajadi di Negeri
Selangor, namun menitik-beratkan soal keselamatan diri dan pengunjung lain
dengan mematuhi secara garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.
Untuk sebarang informasi lanjut, sila hubungi talian 016 -2076957
(Fadila) atau layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor; Selangor.Travel.
0 Comments