Terokailah Bandar-bandar utama di Daerah Kuala Langat seperti Bandar Banting, Pulau Carey, Jugra, Morib dan juga Teluk Datok yang sememangnya mempunyai keunikan tersendiri. Rebutlah peluang untuk mengembara ke destinasi yang terkenal di Daerah Kuala Langat sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di Negeri Selangor! Oleh kerana ianya terkenal dengan hasil pertanian serta mempunyai pelbagai tarikan kebudayaan dan sejarah, pastikan anda kunjungi setiap lokasi yang kami cadangkan kepada anda!
9.00 a.m. - Sarapan pagi di Kedai Kopi & Makanan Phua Kian Guan
10.00 a.m. - Berjalan-jalan di sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
11.00 a.m. - Lawati Mah Meri Cultural Village untuk mempelajari budaya Orang Asal Negeri Selangor
12.00 p.m. - Dapatkan makanan tengahari di Restoran
Selera Tujuh
1.00 p.m. - Membeli-belah di kedai Kerepek Ros yang
terkenal
2.00 p.m. - Bersiar-siar di Bukit Jugra dan sertai aktiviti
paragliding
4.00 p.m. - Lawati
Kuan Wellness Eco Park
5.00 p.m. - Singgah ke Mansion 1969 Café untuk minum
petang
6.00 p.m. - Saksikan matahari terbenam yang
menakjubkan di Pantai Morib
7.00 p.m. - Makan malam di Assam Batu Laut
1) Sarapan
pagi di Kedai Kopi dan Makanan Phua Kian Guan
Mulakan hari anda dengan menikmati sarapan pagi di
salah sebuah Restoran Cina pilihan ramai di Daerah ini. Dekorasi dalaman
restoran ini yang bercirikan gaya lama semestinya akan membawa anda kembali ke
zaman dahulu! Anda sudah tentu akan berasa kagum dengan pilihan kuih dan mi
mereka yang pelbagai. Lebih lebih lagi, Kuih Chai dan ubi
keledek goreng oleh Phua Kian Guan yang tiada tandingannya.
(Kedai
Kopi & Makanan Phua Kian Guan oleh tripadvisor)
2) Berjalan-jalan
di sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
Terletak di Jenjarom, kuil yang berkeluasan 16 ekar
serta dibina pada tahun 1994 ini turut merupakan rumah bagi semua mercu tanda
utama seperti Waterdrop Teahouse, taman Lumbini dan Galeri Seni Fo Guan Yuan.
Selain itu, pemandangan yang menakjubkan di kuil ini akan menarik perhatian
sesiapa sahaja yang datang ke sini! Tambahan pula, tiada bayaran masuk dikenakan
dan anda boleh kunjungi kawasan ini bermula jam 10 pagi setiap hari.
(Fo
Guang Shan Dong Zen Temple Cecil Lee oleh TravelFeeder.com)
3) Pelajari
Budaya Orang Asal Negeri Selangor di Mah Meri Cultural Village
Adakah anda diselubungi dengan rasa ingin tahu tentang
budaya Orang Asal yang sebenar? Jangan buang masa anda dan lawatilah Mah Meri
Cultural Village yang terkenal ini sekarang! Anda dapat melihat dan merasai
sendiri kehidupan sebenar suku-kaum Mah Meri serta aktiviti-aktiviti mereka
dengan menyertai pakej lawatan yang ditawarkan. Semasa anda berada di sini,
jangan lupa untuk kunjungi bengkel Mah Meri untuk mendapatkan pengetahuan tentang
seni kraf tangan yang tentunya memberikan pengalaman lawatan yang lebih mengujakan!
(Mah
Meri oleh emaze.com)
4) Dapatkan
makanan tengahari di Restoran Selera Tujuh
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk makan tengah
hari di Restoran Selera Tujuh yang terletak di Bandar Banting ini! Terdapat
pelbagai jenis makanan Malaysia yang terdiri daripada Nasi Ayam, Nasi Ambeng,
Asam Pedas, Ikan Bakar dan bermacam-macam lagi pilihan yang patut anda cuba!
Sekiranya anda adalah seorang rakyat Malaysia yang sudah terdedah dengan kepelbagaian
budaya, anda sudah pasti akan menyukai setiap hidangan lazat di restoran ini.
(Gambar
oleh Selera Tujuh dari Facebook)
5) Membeli-belah
di kedai Kerepek Ros yang terkenal
Setuju
ataupun tidak, membeli-belah adalah salah satu perkara yang paling seronok untuk
dilakukan ketika melancong! Adalah sangat merugikan sekiranya anda melawati Daerah
Kuala Langat tanpa menjejakkan kaki ke Kedai Kerepek Ros yang terkenal di sini.
Terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang dijual di sini antaranya Ubi Masin,
Pisang Tanduk, Kuih Siput dan macam-macam lagi!
(Kerepek
Ros dari bisnessinar.com)
6) Bersiar-siar
di Bukit Jugra dan sertai aktiviti paragliding
Tidak dapat dinafikan lagi, Bukit Jugra adalah antara tarikan yang sangat popular di Kuala Langat! Meskipun ianya akan mengambil sekitar 1 jam pendakian, setiap tempat di kawasan ini adalah sangat berbaloi untuk dilawati! Di bahagian atas bukit, anda akan dapat menikmati sebuah pemandangan yang indah. Juga, sekiranya anda adalah seseorang yang sukakan cabaran, anda bolehlah menempah sesi paragliding yang mengambil masa selama 10 minit! Layari pautan ini untuk informasi lanjut: https://selangor.travel/listing/paragliding-at-jugra-hill/
(Jugra
hill oleh medielicious dari blogspot)
7) Lawati
Kuan Wellness Eco Park
Oleh
kerana Daerah ini terkenal sebagai antara destinasi pengeluar sarang burung yang
terbaik di Malaysia, pastikan anda tidak ketinggalan untuk datang ke Kuan
Wellness Eco Park yang berhampiran dengan Pantai Batu Laut Ketika berkunjung ke
sini. Di dalam Taman tersebut, anda akan dapat menikmati pelbagai jenis tarikan
seperti Swiftlet Home, Eco Park, Bird's
Nest Gallery dan juga Eco-Café!
Anda juga dapat menyaksikan bermacam-macam spesis burung, ikan dan reptilia
lain di zoo mini mereka.
(Kuan
Wellness Eco Park oleh The Star)
8) Singgah
ke Mansion 1969 Café untuk minum petang
Setelah
menerokai seluruh Bandar sepanjang hari, anda pasti memerlukan sedikit gula
untuk mendapatkan tenaga anda semula! Oleh itu, kunjungilah kafe bergaya vintaj
ini untuk dapatkan pencuci mulut dan kopi mereka yang enak untuk menghilangkan
tekanan anda. Semasa anda berada di sana, jangan lupa untuk memuat-naik gambar-gambar
menarik di kafe estetik ini di laman media sosial anda!
(Mansion
1969 oleh theedgemarkets.com)
9) Saksikan
pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan di Pantai Morib
Tiada
ada yang lebih menenangkan selain daripada berjalan-jalan di sekitar Pantai
Morib untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Sebilangan besar
pengunjung singgah ke pantai ini semata-mata untuk menikmati pemandangan pantai
yang indah serta udaranya yang segar sudah pasti akan membuatkan anda berasa selesa!
Terdapat juga medan selera berhampiran yang menawarkan seleksi menu Ikan Bakar dan
Sotong Goreng Tepung yang sangat enak!
(Morib
Beach oleh www.expatgo.com)
10) Makan
malam di Assam Batu Laut
Salah
satu cara yang terbaik untuk menamatkan hari anda adalah dengan menikmati makan
malam di restoran makanan laut yang terbaik di Kuala Langat! Menawarkan anda
dengan sejumlah menu yang enak seperti Ikan Merah Stim Asam dan Ikan Kerapu
Stim yang disajikan dengan halia yang telah dicincang; anda perlu mencuba
kebanyakan darinya! Kesemua sajian yang mereka jual di sini adalah sangat segar
dan ianya tidak akan mengecewakan anda.
(Asam
batu laut oleh messywitchen.com)
Adalah tidak dapat dinafikan, Daerah Kuala Langat
merupakan salah sebuah Daerah yang menarik untuk dikunjungi semasa berada di Negeri
Selangor. Sekiranya anda menginginkan sebuah penggembaraan yang indah, pastikan
anda tidak ketinggalan berkunjung ke tempat-tempat luar biasa yang telah disertakan
di dalam jadual perjalanan ini. Bermula dari menerokai lokasi-lokasi terkenal sehinggalah
mengakhiri hari anda di restoran makanan laut yang tersohor, ini benar-benar
menunjukkan betapa hebatnya Dearah Kuala Langat ini!
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor yang serba baharu di Selangor.Travel
Tentang Tourism
Selangor
Tourism Selangor
adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan
bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan
membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah
diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat
domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang
dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak
lagi.
0 Comments