Daerah Petaling yang menjadi pusat Negeri Selangor kini dikenali sebagai Daerah yang paling kerap dilawati. Selain mempunyai sejarah sebagai sebuah bandar yang kecil pada suatu zaman dahulu, kini terdapat banyak penambahbaikan yang dapat dilihat. Petaling menawarkan segala yang anda inginkan. Dari kompleks membeli-belah terkemuka hingga ke restoran terbaik, Shah Alam merupakan Bandar yang siknifikan di Daerah ini. Disini kami ingin syorkan senarai aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang berada di Shah Alam!
9 pagi :
Sarapan pagi di Restoran Gembira
10.30 pagi :
Kekal sihat dengan berbasikal di Taman Botani Shah Alam
1.30 tengahari : Makan
tengah hari di Restoran Azira
2.30 tengahari : Lawatan
ke Masjid Biru
3.30 petang :
Membeli-belah di Sekyen 7 & bergambar di Laman Seni
4.30 petang :
Minum petang di Kafe Lads and Lassies
5.30 petang :
Alami keseronokan Go Kart di Stadium Shah Alam
7.00 malam :
Santapan malam di Babah & Co
8.30 malam :
Terokai Taman Cahaya & Muzium Red Carpet di i-City
10.00 malam : Berjalan
di sekitar Uptown Shah Alam untuk membeli-belah
11.00 malam : Makan
lewat malam di Restoran Hakim di Seksyen 7
1) Sarapan
pagi di Restoran Gembira
Terletak di belakang McDonald’s, Restoran Gembira merupakan
salah satu pilihan tempatan untuk bersarapan! Menyajikan anda dengan pelbagai
jenis makanan Malaysia yang enak termasuk Nasi Lemak, Roti Canai serta kuih-muih,
restoran ini adalah pilihan utama kami!
(Restoran
gembira oleh nurulsakinahazmii)
2) Kekal
sihat dengan berbasikal di Taman Botani Shah Alam
Terkenal dengan kawasan indahnya yang dikelililingi
persekitaran semula jadi, Taman Botani kini telah menjadi tempat yang paling
digemari khususnya untuk menjalankan aktiviti sukan di Shah Alam! Bukan sahaja
ia menawarkan kawasan yang menarik untuk bersenam, tetapi ia juga menempatkan
beberapa tarikan di mana anda dapat melihat pelbagai spesis flora dan fauna pada
jarak yang dekat.
(Taman
botani dari kyension.com)
3) Makan
tengah hari di Restoran Azira
Jangan lupa untuk singgah ke Restoran Azira dan
memesan hidangan mereka yang begitu menyelerakan. Terdapat pelbagai pilihan
makanan Malaysia dan pencuci mulut yang semestinya menggiurkan! Restoran yang
sering menjadi tumpuan ini kerap dipenuhi pelanggan di siang hari. Untuk
mengelakkan kesesakan, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal ke restoran
ini.
(Restoran
azira oleh soalanmudah10 at blogspot)
4) Lawatan
ke Masjid Biru
Tiada yang lebih mengkagumkan selain Masjid Biru yang
terkenal di Shah Alam! Sebagai masjid terbesar di Malaysia, Masjid Sultan Salahuddin
Abdul Aziz ini sering dilawati oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Terletak
berhampiran dengan Hotel Concorde yang juga salah sebuah mercu tanda di Shah
Alam, anda pasti akan menikmati perjalanan anda ke sini.
5) Membeli-belah
di Seksyen 7 & bergambar di Laman Seni yang berdekatan
Bukankah
setiap orang perlukan terapi membeli-belah? Singgah ke Seksyen 7 Shah Alam yang
menempatkan deretan kedai yang menawarkan produk dan jenama buatan Malaysia
yang terkenal. Antara yang popular adalah gedung Jakel di mana anda boleh
mendapatkan kain dan fabrik kegemaran anda di sana. Dalam pada itu, jangan lupa
untuk ke Laman Seni yang terletak di kawasan berhampiran untuk koleksi gambar anda.
(Laman seni
7 oleh Xinxian Teoh on flickr)
6) Singgah
di Kafe Lads and Lassies untuk minum petang
Sekiranya
anda sedang mencari kafe yang terbaik untuk merehatkan minda di petang hari, kunjungi
Lads and Lassies yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam! Selain dari kek dan air
tehnya yang lazat, dekorasi kafe ini yang artistik juga menjadi faktor kafe ini
sering dikunjungi ramai.
(Lads and lassie oleh zomato.com)
7) Bergerak
ke Kart di Stadium Shah Alam
Anda
buntu untuk aktiviti pada waktu petang? Bawalah diri anda ke Stadium Shah Alam untuk
mencuba aktiviti Go Kart yang sudah
tentu akan menaikkan semangat perlumbaan anda! Terdapat beberapa pakej menarik ditawarkan
di sini, dan sebuah taklimat keselamatan turut diberikan sebelum anda mula
memandu.
(go kart oleh vmo.rocks)
8) Makan
malam di Babah & Co
Seringkali
disyorkan oleh orang ramai, nikmati santapan malam anda di Babah & Co! Terdapat
pelbagai pilihan enak dari menu mereka seperti masakan Asia, Barat dan juga
campuran yang mampu mengenyangkan anda selepas seharian berjalan. Percayalah,
anda pasti tidak akan kecewa.
(Babah
& Co oleh teasyu)
9) Menerokai
Taman Cahaya & Muzium Red Carpet di I-City
Semasa
anda berada di Shah Alam, jangan lupa untuk kunjungi i-City untuk melihat
segalanya yang mereka tawarkan! Dikelilingi dengan lampu LED yang
berwarna-warni menyinari seluruh kawasan ini, ianya pasti menjadi suatu malam yang
romantis mahupun pengalaman bersiar-siar bersama keluarga yang menyeronokkan.
Di Red Carpet Museum pula, anda boleh bergambar dengan patung-patung lilin yang
menyerupai selebriti dan watak-watak dari program TV kegemaran anda!
(I-City
light parks oleh Icity)
10) Berjalan
di sekitar Uptown Shah Alam untuk membeli-belah
Anda
juga boleh bersantai di sekitar Uptown Shah Alam pada waktu malam sambil
melihat pelbagai barangan jualan dari pakaian terpakai, gajet dan makanan
tempatan! Pengalaman membeli-belah di pasar terbuka pada waktu malam ini harus dimasukkan
ke dalam bucket list anda!
(Uptown
Shah Alam dari Facebook)
11) Berhenti
di Restoran Hakim di Seksyen 7 untuk makan lewat malam
Akhiri
perjalanan anda di Shah Alam dengan makan lewat malam di Restoran Hakim yang
bertempat di Seksyen 7! Antara makanan yang terkenal mereka adalah Nasi Kandar yang
patut anda cuba sebaik sahaja tiba di sini. Namun, sekiranya anda lebih sukakan
makanan yang sedikit ringan, anda boleh memesan roti canai mereka!
(Hakim oleh Bernama)
Bermula dari sarapan pagi yang amat menyelerakan di
salah sebuah restoran terbaik sehinggalah penjelajahan ke lokasi-lokasi terunggul
di Shah Alam, Daerah Petaling menawarkan pelbagai aktiviti untuk dilakukan!
Kami mencadangkan anda tempat-tempat terbaru dan popular yang sudah pasti akan
membuat perjalanan anda lebih menarik. Selain itu, pastikan anda tidak lupa
untuk melawati seleksi tempat-tempat menarik yang terdapat di Dearah Petaling
sebaik sahaja anda tiba di Negeri Selangor!
Kesemua senarai produk dan pilihan destinasi di atas dinyatakan hanya sebagai syor dari pihak Tourism Selangor. Untuk informasi lanjut tentang produk-produk pelancongan menarik di Negeri Selangor, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel
Tentang Tourism
Selangor
0 Comments