Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) : A Journey to Remember






Dah setahun lebih saya nak tulis artikel ni dan akhirnya berjaya juga. Syukur. 

Saya harap artikel ini dapat membantu sesiapa yang ingin menjadi seorang pegawai tadbir diplomatik sebagai kerjayanya. 

Semasa Q3 2014, saya dapat tahu yang ada opening untuk apply jawatan pegawai-pegawai kerajaan untuk pelbagai sektor. Saya pun saja try isi online since family and friends encourage. Salah satunya adalah PTD. Saya tak harapkan apa-apa, lebih kepada mencuba nasib atas galakan keluarga. 

Peluang untuk kena panggil buat exam online tu susah orang kata. Tapi try apply je lah. Then after few months dapat email untuk buat online exam. Time tu saya baru balik honeymoon. Esok tu exam. Tak sempat belajar apa sangat. Memang tak la time honeymoon nak pegang buku kan. :P

Saya ada buat research online sikit and hopefully it helps. So time buat exam online (malam), jawab je lah. Soalan memang susah. Ada juga questions yang pelik, tapi benar. Semua dia tanya. Math, logic pun ada, similar to Bloomberg punya test, tapi ni bahasa melayu and yeah, Bloomberg lagi susah sebab dia ke arah finance, math and logic. So kalau biasa buat soalan-soalan macam tu, patut yang ni boleh buat. Be prepared and expect the unexpected. Try mahirkan menjawab soalan-soalan batch yang terdahulu and banyakkan membaca tips-tips dalam internet daripada senior-senior, especially yang dah succeed. At least you have the idea.

Time saya buat, saya first batch yang dapat style soalan macam tu and proses selepas tu pun berbeza dengan batch sebelum ni. Usually, diorang akan tukar style soalan, so make sure you buat research supaya tak blur dan terkejut bila menjawab soalan. After few months of waiting, Alhamdullilah saya dapat ke panggilan menduduki peperiksaan essay English and Bahasa Melayu di Putrajaya. To me, soalan essay dia tak terlalu sukar cuma kena berhati-hati apabila memilih soalan sebab dia memang nak trick kita. Maka saya pun cuba jelah yang terbaik dan termampu. 

Lepas jawab exam, petang tu terus sesi interview. Saya bawa baju extra untuk interview sebab nak nampak lebih kemas dan professional. Saya pilih untuk pakai full suit, blouse putih, skirt hitam labuh dan blazer hitam, dikemaskan dengan lilitan sanggul serta kasut hitam bertutup. Kalau nak pakai baju kurung boleh, tapi pastikan baju anda kemas dan cantik, jangan menjolok mata, jangan juga terlalu longgar. Biar nampak elegan dan pastikan you give a good first impression kepada interviewers. Pastikan you selesa in and out juga because self-confidence comes from within. Giliran saya antara yang last sebab dia ikut nama. Dua jam saya tunggu and tersangatlah sejuk dan nervous sebab mostly yang keluar, semua cakap susah. Tawakal je time tu. 

Time turn saya kena panggil, saya ketuk bilik and masuk. Ada dua panel. I just be myself, senyum, tanya khabar mereka dan nama mereka. Minta izin sebelum duduk. Senyum. Then sesi temuduga bermula. Tuan Haji start dengan soalan-soalannya. Ada part yang Tuan muda lagi seorang tanya. Jawab je dengan confident. Soalan memang banyak. Do your homework. Mostly in English. Tapi kalau dia tanya in Bahasa, kita jawab dalam bahasa. Show respect and build rapport. Keep calm and buat yang terbaik.

Soalan-soalan Interview Pegawai Tadbir Diplomatik (my experience)

1. Perkenalkan diri

2. Latar belakang keluarga, work experience, internship

3. What is PTD?

4. Why do you want to become a PTD officer?

5. Which kementerian you want to work at? Why?

6. What can you contribute?

7. What is your educational background in University and how it can help you if you become a PTD officer?

8. Questions related to your highest education.

9. You studied Insurance, what is tariff and non-tariff?

10. What does PIAM do?

11. How are AFTA and insurance-related for the year 2015?

12. What is GST? Explain.

13. What is the difference between the High Commissioner and Ambassador?

14. What do you understand about integrity?

15. What is the important contents at the back of our IC?

16. Explain lambang Negara

17. How do you determine the PTD officer is effective or otherwise?

18. Explain CPI (Creative, Productive, Innovative)

19. Explain Blue Ocean Strategy.

20. Semangat wasatiah?

21. Work in silo?

22. Kalau boss bagi kerja, suruh tutup sebelah mata, apa you buat?

23. Bagaimana hendak mempertingkatkan sesuatu proses supaya kerja lebih produktif?

24. Apakah bidang tugas utama PTD? (8 Teras)

25. Apakah itu Dasar Pandang ke Timur?

26. How do you protect or defend yourself if you know that the process and your management are wrong?

27. Apakah taat setia dan produktif kepada jabatan?

28. Bagaimana hendak menjadi pegawai PTD yang cemerlang?

Among the candidates, my session was antara yang terlama. Tapi terus terang bila dah kat dalam tu, rasa sekajap je, tiba-tiba dah habis. Ada two questions yang saya tak sure dan saya tak nak memandai. Saya bagi jawapan tetapi saya cakap saya tak pasti dan akan berusaha untuk mencari jawapannya jikalau diberi peluang untuk bertemu lagi dengan menjadi seorang PTD. 

I felt lucky because both my interviewer are nice and professional. I would say that is the toughest and memorable interview I have attended so far. I was fortunate also to meet such great interviewers. Time tu memang rasa overwhelmed. Luckily my husband was there to lift up my spirit. Met a few friends there as well. Dah habis tu terus pergi makan sebab lapar sangat sebab before that tak lalu nak makan dari pagi.

Again after few months, I was lucky enough to get an offer letter to join the cadet PTD program sponsored by JPA. Surat sampai rumah and I'm like biar betul..Urusan Paduka Seri Baginda. Semangat dan nervous dan semua perasaan ada especially perasaan berbelah bahagi. It is a 10 months program. 6 months kat INTAN Bukit Kiara, 4 months lagi kat Sabah. That was a total hit sebab kena berjauhan dengan family for 10 months and I don't like that. :( Saya cuba sabar, redha dan cuba yang termampu dan buat persiapan semua.

Then ada sesi briefing dekat INTAN untuk semua candidates before semua betul-betul confirm nak accept offer. Time tu diorang alu-alukan kami and beritahu out of millions yang apply, 50,000 yang shortlisted for online exams, then 2,000 was called for exams and interview, and 300 was selected and chosen for the program they called 'the Cream of the cream'.

Once dah accept and masuk INTAN, kami ada ujian fizikal during the first day. Sangat best sebab dia test fitness you and if you are fit, you will be in the program. Ada bleep test, tu paling susah. Pumping, sit ups, lari, stretch, gengam kuat-kuat this device and akan show your strengths. Lepas tu dah selesai, pergi bilik and susun-susun apa yang patut. Bilik macam hotel, lawa tapi sedih sebab tak selalu dalam bilik sebab banyak aktiviti kat luar. Masuk bilik sebab nak tidur je and tak dapat enjoy pun moment dalam bilik tu. I'm lucky to get a good roommate and she was my good buddy when I was there, even until now.







We all had this pilihanraya untuk mengundi our Executive Committee for the program and time tu sebiji rasa macam pilihanraya. Meriah dengan poster semua. Time tu saya telah dicalonkan dan bertanding untuk jawatan EXCO Penerbitan and Alhamdullilah terpilih dengan sokongan padu daripada kawan-kawan dan dapat menjalankan tanggungjawab sementara before I had my injury. My team was really good and helpful.














Macam-macam perkara menarik yang saya lalui sepanjang kat sana walaupun sekejap sebab I was injured badly during my one week camping. Tak cukup tidur sebab banyak kerja. Tulis essei 10 muka surat tengah malam buta, tidur sejam then kena pergi camping. Terkejut gila semua orang sebab kena bom pagi-pagi buta. Tidur memang tak dapat, kalau dapat pun sejam, dua jam je. Makan sedap pun tak lalu nak makan sebab selalu penat sangat. Memang kurus je saya time ni. Time kat sini kita nampak perangai orang yang kita tak pernah nampak sebelum ni. Macam-macam perangai yang menakutkan. Tapi ada juga yang baik-baik, Syukur Alhamdullilah.

During camping and trekking, I was very active back then and belum pernah injured. Sayangnya saya jatuh terkehel teruk time program jungle trekking. Saya kena time on the way nak balik, nasib baik ada banyak kawan-kawan baik yang tolong. Saya jalan sampai habis then sampai-sampai JPAM bawa naik ambulance pergi Hospital Selayang sebab takut kaki patah sebab bengkak teruk gila. In the end, lepas refer specialist, saya dinasihatkan untuk tak berjalan sangat, no sports, and tak boleh lasak langsung sebab terseliuh teruk, 3 urat putus dan dua-dua lutut saya effected.

Saya kembali ke INTAN for a week, tapi jalan memang tempang habis ke sana sini. Beberapa PT nasihatkan saya untuk tangguh sebab kesihatan saya dan diorang risau sebab saya tak boleh jalan sangat sebab memang kena fit kalau nak stay for the program. Kaki saya pun makin bengkak sebab memang sepatutnya saya rehat je, tak boleh jalan dan kena pergi phisio. Time tu memang susah nak buat keputusan untuk tangguh dari program. Tapi saya tabahkan hati. Kawan-kawan yang rapat memang sedih dan saya memanglah sedih sangatkan. Memang syahdula. (@.@)



















What I can tell you for sure is that this program perlukan you sangat fit dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) sebab nanti awak kena undergo latihan dengan Polis, Askar, Bomba and Outbound School nanti kat Sabah. Tempat mesti akan berubah dan tempoh mungkin berlainan, tapi fitness tu kena ada. My leg was bad and they advise me to tangguh. That time I can see who really care for me. I was thankful to see and learned from that experience. However, saya sangat sedih sebab saya dah bersedia untuk berkhidmat menjadi seorang PTD even though that is not my ultimate passion I have to say. A lot to sacrifice, but I would want to make a difference for the country if I had the chance to be a PTD.

Though I still have the chance, I think it's best for me to focus on my health first. We'll see. I know that even if I'm not a PTD, I know what I really want to be and I never stop pursuing my ultimate passion, writing. Through writing, I hope I can make a difference, in people's life. Hopefully..:) 

During my last moment in PTD, they said I would make a good PTD if I am one as I have the attitude and resilience. Thanks for your trust and support. I'm happy now to see my mates are all now successful in their own career path and have become a noble PTD. That was my hope, back in the program. Carry that hope for me to be a noble one. You know it's not easy but it can be done. You just need to be strong, good, kind, humble and smart. To me, God knows better. I am grateful for the opportunity that He gave me. Thank you dan paling bertuah I have my husband and my family to support me 24/7. Love them so much. Thanks to my friends yang keep on supporting me as well. ;)






Kalau awak nak jadi PTD, awak kena sangat strong especially mentally sebab cabarannya memang hebat, time sebelum, semasa dan selepas. Apa pun jangan jadi sombong dan terlalu pandang akan pangkat dan kemewahan. Pastikan awak nak jadi PTD sebab awak betul-betul nak jadi, bukan sebab orang lain. Pastikan juga sebab awak nak jadi adalah untuk kebaikan yang lebih besar dari diri sendiri supaya bila awak dihadapkan dengan dugaan yang sangat mencabar, awak tak akan kecundang. Be humble and InsyaAllah, semoga berjaya, PTD ataupun bukan PTD. =)


Updated Jun 2017
Saya telah diberi peluang beberapa kali untuk kembali ke program PTD tetapi disebabkan keadaan saya, saya terpaksa menolaknya. Kini, ramai rakan-rakan seperjuangan saya telah menjadi PTD yang berjaya di Kementerian masing-masing. Syukur, Alhamdullilah. 

Updated 2023
Saya bersyukur saya mempunyai kerjaya yang baik dan saya masih meneruskan my ultimate passion, writing, content creation dan photography. Alhamdullilah saya juga telah menerbitkan sebuah buku internationally bertajuk 'A Book of Life' (ABOL). 

Saya percayakan tentang rezeki dan usaha. Sekiranya awak tahu yang awak tak boleh atau tak dapat nak buat sesuatu atas sebab-sebab yang tertentu, pasti ada lagi benda lain yang awak boleh buat dan berjaya kalau awak bagi sepenuh daya dan fokus. Jangan putus asa dan percayakan pada kebolehan dan keistimewaan yang awak miliki. 

Rezeki ada di mana-mana. Usaha sedaya upaya dan doakan yang terbaik. InshaAllah awak akan miliki apa yang dikehendaki dengan usaha yang tidak berbelah bahagi.

Boleh baca dengan lebih lanjut tentang perjalanan penulisan saya Do What You Truly Love
Lebih lanjut tentang buku saya di A Book of Life Press Release
Jom dapatkan ABOL eBook di Google Play

Semoga entri ni dapat membantu awak serba sedikit. Boleh DM dan follow saya di TikTokInstagram, dan juga Facebook. Jom connect profesionally juga di LinkedIn ❤

Terima kasih kerana sudi membaca :)


Pejuang,
Sofia

Post a Comment

22 Comments

  1. Thank you for sharing your experience sofia 😍😍 it was a nice reading.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is very nice of you Fatin. :) I am happy to share what I can and I hope the entry enlighten you. All the best for your future endeavour dear. ;)

      Delete
  2. It was nice sharing. Hope you are in a good condition now. All the best Sofia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is so sweet of you! Thank you so much. Feel free to reach me at snaznim@gmail if you ever want to discuss about anything or need any help. You too, all the best in your future endeavor! :)

      Delete
  3. Terima kasih kongsi pengalaman, dahsyatnya tidak terkata. Semoga sentiasa dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fariz kerana sudi membaca dan memberi komen yang sangat positif. Semoga kita sentiasa diberkati Allah dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Aminn. All the best to you. :)

      Delete
  4. Hi Sofia. At fist I just nak cari bahan rujukan to prepare for temuduga ptd & I found your blog post. It helps alot & I love your post. Full of info & mencabar yet fun.Then after saw your pictures, then I remember you. Kita sama batch dekat uitm dlu. It's just you ambil insurance (budak kelas Wan kan?) & I was in marketing. Thank you so much for sharing this & rasa macam kawan share dekat kawan. Wish you all the best Sofia ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syida! Thank you so much Syida for your kind comment. Yes, I dulu ambil Insurance. You kawan dengan Fatin la kan? Babe kalau u ada FB or Instagram, connect dengan I dekat sana tau, SF Artography (FB) and sf_artography (Insta). Boleh sembang lebih kat sana and exchange ideas or share experience. Thanks dear. I wish you all the best too and thanks for reading my post. I hope you gained something. Have a good day dear. :)

      Delete
  5. macam2 kerenah nak jadi PTD nie, bukan semua mampu kan...entahlaa not all can be a leader...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, bukan senang. Tapi kalau seseorang tu niat dia baik dan dia berusaha untuk menjadi leader yang baik, in sha Allah mampu. :)

      Delete
  6. Terima kasih kongsi pengalaman, moga Allah permudahkan urusan dan merahmati kamu sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Amin. Terima kasih kerana sudi membaca dan di atas komen dan doa saudara. Aminnn semoga saudara Amin dan sekeluarga juga dipermudahkan urusan dan diberkati Allah. :)

      Delete
  7. Thank you for sharing your experience.. I will like to be a PTD and after reading your review, i feel like i have to be fully prepared for this..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome Firdaus :) I'm happy to know that you are thrilled to become one! All the best in your future endeavor. ;)

      Delete
  8. Thanks Sofia for the sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome and thank you for reading my post :)

      Delete
  9. Shahirah Zulghafar18 August 2020 at 09:29

    Hi, Sofia. Just came across this. Thanks for the heads up! I feel so inspired reading this. I'll be taking my PTD exam next Thursday so wish me luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Shahirah! You're most welcome and happy to share what I can. Hope the sharing benefited you in some ways. I wish you all the best and hope you will become a great PTD officer! :)

      Delete
  10. hi sofia, thank you for your info...saya sedang menunggu tarikh interview but i would like to ask how do you answer all those questions?such a long list...and can you guide me what to look for before the interview...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear, thank you so much for reading. All the best for your upcoming interview! What I did was, search online common questions for ptd interview and then banyakkan membaca and tahu tentang isu semasa, pengajian am, tentang negara and juga ptd. Penting juga for you to be able to sell yourself and able to converse in English and Bahasa. Yes, questions banyak and time saya ada dua org yg tnya questions. Time interview you just be prepared, confident and also be yourself. In case kalau you tak tahu sangat jawapan, just cakap you tak tahu tapi you akan ambil tahu lepas ni and ask them if they can also share (tak tahu satu dua okay lg jangan tak tahu more than that if possible). If anything you nak tanya boleh email saya k di snaznim@gmail.com or dm je saya dekat IG or FB @sf_artography

      Semoga membantu serba sedikit. :)

      Delete
  11. Hi Sofia, thank you so much for sharing. I'm just doing my last minute reading for the interview tomorrow! Thank you once again and have a nice day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome dear :) Thank you so much for reading and I hope you nailed the interview! Wish you all the best and have a nice day too! >3

      Delete