Blog ini adalah untuk semua tidak kira yang bakal
melangsungkan majlis perkahwinan ataupun yang sudah berkahwin.
Kepada
bakal-bakal pengantin, mesti anda berdebar-debar menunggu saat raja sehari anda
tiba dan sudah pasti banyak persiapan yang sedang dijalankan.
Usah takut usah gentar kepada yang masih belum pasti dengan
bakal persiapan yang perlu ada asalkan sudah pasti dengan pilihan cinta hati
anda yang bakal melayari bahtera rumahtangga bersama. Itu yang paling utama,
pilihan anda kerana dialah yang akan bersama-sama melayari bahtera percintaan
yang halal bersama anda tika cerah, mendung, manis dan pahit dugaan hidup.
Info-info yang terdapat di dalam blog ini adalah perkongsian
ikhlas daripada penulis kepada para pembaca sekalian.
Semoga bahan bacaan ini
dapat membantu anda dalam mencari jawapan kepada pertanyaan tentang perkahwinan
dan juga membantu bakal-bakal pengantin yang menguruskan perkahwinan mereka
sendiri dengan lebih mudah dengan info-info khas yang diberi.
Akhir kata, selamat menguruskan persediaan ke alam
perkahwinan dan selamat berbahagia kepada yang sudah mendirikan rumahtangga!
Yang ikhlas,
Sofia Naznim
0 Comments